Latar belakang Konferensi_Meja_Bundar

Pada 28 Januari 1949, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bersetuju mengeluarkan resolusi mengutuk tindakan ketenteraan Belanda ke atas Pasukan Tentera Republik Indonesia dan mendesak penubuhan semula Kerajaan Indonesia. Selain daripada itu,mereka juga mendesak agar diadakan semula persidangan untuk menamatkan konflik secara aman. Sebelum itu, dua perjanjian terdahulu (Perjanjian Linggadjati dan Perjanjian Renvile) terbatal apabila kedua-dua belah pihak saling bertelagah mengenai syarat-syarat yang termaktub dalam perjanjian tersebut.

Selepas pengumuman Perjanjian Roem-van Roijen yang ditandatangani pada 6 Julai 1949 serta ia menerima pakai resolusi PBB, Dr. Mohammad Roem (Wakil Indonesia yang menandatangani perjanijan Roem-van Roijen) berkata bahawa pemimpin-pemimpin Republik Indonesia yang tinggal dalam buangan di Bangka akan menyertai persidangan tersebut untuk mempercepat lagi proses penyerahan kedaulatan.

Sejurus kepulangan pemimpin-pemimpin Republik Indonesia daripada buangan di Jogjakarta pada 6 Julai, pada pertengahan kedua Julai dan dari 31 Julai hingga 2 Ogos, Persidangan Antara Indonesia diadakan antara kesemua komponen pihak berkuasa Republik Indonesia Serikat yang akan diisytiharkan kelak dan kesemua pihak bersetuju dengan prinsip dan rangka asas Perlembagaan.

Setelah perbincangan awal dianjurkan oleh Suruhanjaya PBB bagi Indonesia di Jakarta mencapai persetujuan, lokasi Persidangan tersebut bakal diadakan di The Hague.

Berkaitan